PRN ke-11 Sarawak 7 Mei, penamaan calon 25 April

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Sabtu, 7 Mei depan sebagai tarikh pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Tarikh penamaan calon pula akan berlangsung pada 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdulah mengumumkannya selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di Kuching, sebentar tadi.

Seramai 1.13 juta pemilih layak mengundi dalam PRN11 ini berbanding 979,000 yang berdaftar pada tahun 2011.

Post Author: CoinCryptoNews