PRN awal Selangor? Tak relevan – Azmin

PRN awal Selangor? Tak relevan – Azmin


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata isu pilihan raya awal di negeri itu “tidak relevan” pada masa ini berikutan hanya beberapa bulan lagi sebelum Parlimen dibubarkan secara automatik.

Azmin berkata demikian ketika mengulas cadangan penganalisis politik Wong Chin Huat agar kerajaan Selangor membubarkan dewan undangan negeri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.