“Saya tak ada kuda,” Dr M jawab Najib

“Saya tak ada kuda,” Dr M jawab Najib


Seperti dijangka Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membiarkan kritikan secara langsung seteru politiknya berlalu begitu saja.

Ekoran isu bijirin mahal dari Amerika Selatan, quinoa, Datuk Seri Najib menyindir Dr Mahathir dengan menggunakan ‘peluru’ kuda.

Kata Najib berbanding quinoa, kos memberi makan kuda Dr Mahathir jauh lebih mahal berbanding diet sihat yang diamalkannya.

Hari ini Dr Mahathir ‘menempelak’ semula Najib dengan menjelaskan beliau tidak memiliki kuda di Argentina, sebaliknya ia adalah milik rakan beliau di sana.

Related Post: