Najib akan ‘tercirit’ kalau dia ada di sini, kata Dr M

Najib akan ‘tercirit’ kalau dia ada di sini, kata Dr M


Jelajah HARAPAN Kelantan paling meriah, itulah yang diucapkan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berdepan ribuan rakyat negeri itu di Bachok, malam tadi.

Bekas perdana menteri itu berkata, sepanjang mengikuti jelajah Pakatan Harapan (HARAPAN) sambutan di Kelantan kali ini boleh menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tak lena tidur.

Katanya, jika Najib melihat kehadiran orang ramai beliau mesti ‘tercirit’.

“Saya berpendapat bahawa perhimpunan malam ini adalah yang terbesar sejak HARAPAN buat rapat-rapat umum.

“Apabila dilihat bilangan yang hadir ke ceramah HARAPAN menjadi begitu ramai, fikirkanlah Najib.

“Kalau beliau ada di sini malam ini, dia tercirit. Saya ingat dia nak berdiri pun tak boleh. Najib memang takut,” katanya yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dianggarkan, lebih 8,000 membanjiri ceramah HARAPAN yang diadakan berhampiran Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok, itu.

Hadir sama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dan pimpinan di peringkat negeri.

Related Post: