Ahli Akademik dan ahli Parti BERSATU, Dr Mazlee Malik mengingatkan pengundi yang sengaja mahu melakukan undi rosak dan memboikot supaya tidak keluar mengundi sekaligus akan mengekalkan kezaliman yang ada.
“Adakah kita mahu memilih kerajaan meninggalkan hutang berbilion ringgit kepada anak cucu dan juga pemimpin yang membuat pelbagai sekatan bagi merencatkan pemikiran rakyat?”, soalnya kepada sidang hadirin yang hadir.
Dr Mazlee berucap demikian pada majlis seminar Maqasid Shari’ah Dalam pilihan raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya Selangor petang semalam.
Mazlee yang merupakan bekas pensyarah di IPTA itu berkata, rakyat harus membuat keputusan secara menyeluruh bagi generasi akan datang dan memberi ruang kepada pemimpin yang lain untuk memperbaiki keadaan semasa.
“Sebab itu saya kata, kita ni bukan nak pilih Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar, Saidina Ali dan Saidini Uthman
“Kita nak pilih manusia yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan
“Tetapi neracanya adalah orang yang membawa kerosakkan ini perlu kita gantikan dengan yang baru”.
Tambahnya lagi, sekiranya pemimpin yang baru tidak mempunyai perbezaan dan perubahan, selepas 5 tahun rakyat berhak menggantikan dengan pemimpin yang lain.
Related Post:
- Ramai Org Kata ‘Mana Ada Ahli Kitab Sekarang Ni’, Sebenarnya Ahli Kitab Ada Dr Rozaimi
- ‘Duit PAS ada di dalam poket ahli-ahli PAS’
- Kekalkan Bukit Sari Sebagai Deposit Tetap GPS Berdepan PRN Akan Datang
- Kata Kata Terakhir Pramugari Alfiani Untuk Kaptennya Yang Ngeyel Ketika Ada Yang Aneh Dibagian Mesin
- Umno yang ada sekarang sudah rosak…
- Billy K4bur, Petisi Boikot Billy, Hilda & nikita, dan masih ada satu lagi.
- TOLAK IMPOR BERAS, BUWAS SAMPAI KELUARKAN KATA KATA YANG TAK PAANTAS ~ ADA APA ??
- BERITA TERKINI HARI INI | TIDAK AKAN SIA-SIA BERI UNDI KEPADA PEMBANGKANG
- Tak Ada Kata Maaf Untuk Jokowi, Ini Yang Akan Dilakukan Habib Bahar Ke Polisi – VIRALPEDIA
- UMNO Tetap Hancur Rosak Selagi Geng Perompak Najib Ada Ugut Ahlinya Bersuara !(Mukhriz Mahathir)