Mana ada agenda kosong, kata Rosmah

Mana ada agenda kosong, kata Rosmah


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan Program intervensi seperti Permata Kurnia bukan agenda kosong kerajaan.

Sebaliknya, Rosmah berkata sekiranya program tersebut merupakan agenda kosong beliau pasti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memintanya berhenti dari dari menjadi penaung.

“Mana ada agenda kosong, kalau agenda kosong lama Datuk Seri Najib suruh berhenti, buang duit sahaja,” katanya.

Rosmah berkata demikian ketika sidang media selepas membuat lawatan di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis Kuala Lumpur, sempena hari Kesedaran Austime Sedunia.

Katanya sejak ia ditubuhkan pada Disember 2015 melalui program Permata Kurnia pelbagai kejayaan telah dicapai walaupun ia baru sahaja ditubuhkan antaranya dapat membuka mata masyarakat untuk lebih perihatin kepada golongan istimewa itu.

“Jadi pada saya dan pada beliau (Najib) juga masyarakat telah buka mata, bahawa program kita ini merupakan satu program yang berjaya dan banyak juga program kita ini merupakan yang berjaya dan ramai kata kepada saya ini program amat baik.

“Walaupun program ini baru masyarakat semakin menerima dan memahami ciri-ciri kanak-kanak autisme ini, sebenarnya mereka ini pandai tapi ada sikit kelemahan dan kita betulkan di Permata Kunia,” katanya sambil memaklumkan program yang dilakukan Permata Kunia kepada kanak-kanak autisme secara berperingkat mengikut perkembangan semasa.

Related Post: