‘Duit PAS ada di dalam poket ahli-ahli PAS’

‘Duit PAS ada di dalam poket ahli-ahli PAS’

PAS menegaskan parti itu mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk mempertandingkan kesemua calon pilihannya di 160 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata selain kebergantungan kepada sumbangan ahlinya sebagai sumber kewangan utama parti Islam itu juga turut menerima sumbangan daripada orang luar atau mana-mana sumber asalkan ia halal.

Penyandang parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan hari ini mempersoalkan dari mana wang akan diperolehi PAS sekiranya parti berkenaan bertanding 160 kerusi Parlimen memandangkan wang deposit calon dan bahan kempen boleh mencecah jutaan ringgit.

Sehubungan itu, Mahfuz mendakwa beliau menganggap bahawa ‘permainan’ di sebalik bertanding 160 kerusi parlimen bertujuan untuk memecahkan undi HARAPAN bagi memberi kedudukan selesa kepada BN untuk terus berkuasa.

Related Post: