Dekat Pilihan Raya, Dr. Rozaimi Ada Nak PESAN Sesuatu…

Dekat Pilihan Raya, Dr. Rozaimi Ada Nak PESAN Sesuatu…

Ujian terdapat dua cabang iaitu kesengsaraan dan kesenangan. Ujian besar bagi umat Nabi S.A.W adalah harta yakni harta kekayaan dunia. Nabi S.A.W berpesan, supaya kita berhati-hati jangan sampai kita terleka dengan dunia dan jangan pula kita menjadi hamba dunia.

Hamba dunia yang berupa wang kekayaan yang disebut Nabi S.A.W iaitu seseorang yang menggadaikan prinsip kebenaran, hanya semata-mata kerana hendak mendapatkan dinar, dirham ataupun wang ringgit yang banyak.

Dr. Rozaimi nak menyeru semua orang agar meletakkan undi pada pemimpin yang berkemampuan dan amanah. Dua elemen ini sangat penting dan mesti dipatuhi dalam memilih seseorang pemimpin masyarakat dalam negara.

Jangan jadikan kebendaan itu sebagai neraca kebenaran. Pastinya calon pemimpin yang boleh bekerja untuk membangunkan umat. Terdapat ramai orang baik, tetapi tiada kemampuan untuk membangunkan umat, maka pentadbiran negara akan mundur. Manakala kalau terdapat orang yang berkemampuan, tetapi tidak amanah, maka negara akan pincang.

Mudah-mudahan boleh mendatangkan manfaat yang mendalam dari segi ilmu dan nasihat untuk orang ramai agar kita sama-sama mendapatkan kesedaran dengan sewajarnya.

Sumber penuh PROMediaTAJDID: https://youtu.be/ECn-SHis7IU

Sekian, terima kasih.

This video only for educational purpose.

Related Post: