Zahid ada 5011 strategi untuk tumbangkan Najib di Pekan

Calon HARAPAN Parlimen Pekan, Zahid Mat Arip yang juga merupakan cucu saudara bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba berkata dia mempunyai 5011 strategi untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

Zahid yang pernah menjadi pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata antara lain dia akan gunakan isu Felda termasuklah menjelaskan kepada orang ramai bagaimana tanah dijual atau bertukar tangan.

“Saya akan bangkitkan soalan setiap hari kepada Najib dalam tempoh kempen. Jika dia benar-benra ikhlas, dia perlu jawab,” katanya.

Post Author: CoinCryptoNews