Rafizi Aku dah ada 14 saman, apalah satu lagi dari Khairy

Rafizi Aku dah ada 14 saman, apalah satu lagi dari Khairy

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau tidak gentar dengan calon BN di Rembau, Khairy Jamaluddin yang mahu menyamannya dan “mahu membenamkannya untuk selama-lamanya”.

“Dia rasa dia cukup kuat, samanlah. Nak saman satu lagi, saya dah ada 14 saman. Khairy lupa saya orang yang masuk lokap tiap-tiap tahun,” katanya berucap di sebuah ceramah anjuran Pakatan Harapan (PH) di Rantau malam tadi.

“Dia tak pernah masuk lokap, cakap besar. Orang macam ini dia ingat kita takut dengan saman dia.

“Saman saya pernah kena, lokap saya pernah kena, malah saya berdepan 4 tahun penjara. Itu pun aku tak takut. Kalau setakat Khairy Jamaluddin, siapa sangatlah,” katanya.

Related Post: