Dr Mahathir: Saya tak ada berita palsu, hanya kebenaran

Dr Mahathir: Saya tak ada berita palsu, hanya kebenaran

PRU14 | Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Laporan polis itu dibuat kerana Dr Mahathir didakwa menyebarkan berita palsu berhubung kenyataannya yang mengesyaki kemungkinan kapal terbang peribadi yang dinaikinya ke Langkawi baru-baru ini disabotaj.

“Bawalah saya dan buatlah pertuduhan ke mahkamah, saya tak ada berita palsu, hanya kebenaran,” katanya seperti dilapor Astro Awani hari ini.

Polis Kuala Lumpur semalam dilaporkan sedang menyiasat pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berhubung dakwaannya di bawah undang-undang baru antiberita palsu.

Lembaga Penerbangan Awam Malaysia yang memnyiasat perkara itu sebelum ini bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan membuat kesimpulan tiada unsur sabotaj berhubung insiden berkenaan.

Dr Mahathir membuat kemunculan semula dalam pilihan raya dengan bertanding kerusi parlimen Langkawi sebagai pemimpin pembangkang.

Related Post: