Lambat terima kertas undi, rakyat M’sia buat bantahan di London

Lambat terima kertas undi, rakyat M’sia buat bantahan di London

Seramai 30 rakyat Malaysia di luar negara mengadakan bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di London semalam berhubung kelewatan menerima kertas undi bagi pilihan raya umum ke-14.

Bantahan itu, yang dianjurkan oleh BERSIH UK, diadakan di hadapan pejabat Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia di dekat Trafalgar Square pada waktu tengah hari waktu tempatan. Bagaimanapun, pejabat pelancongan itu ditutup kerana hari cuti bank di UK.

Kebanyakan peserta bantahan itu berpakaian berwarna kuning dan berulang kali melaungkan “Mana kertas undi saya?”, “EC sabotages postal votes,” dan “We want a clean and free election.”

Related Post: