Ada cerita menarik saya nak cerita esok – Bos SPRM

Ada cerita menarik saya nak cerita esok – Bos SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini melapor diri di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Beliau melapor diri dan memasukkan kad perakam waktu di ibu pejabat pada pukul 10.29 pagi.

Katanya, untuk hari ni beliau akan mengadakan taklimat dengan para pegawai SPRM.

Mohd Shukri telah berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum beliau bersara awal pada 31 Julai 2016 dengan jawatan terakhir yang dipegang beliau ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang memohon menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan SPRM dan sudah melaporkan diri di Pejabat Peguam Negara pada Selasa lepas.

Related Post: