Dr. MAZA Hurai Qada’ Dan Qadar Iaitu Kehendak Allah Ada/Tiada Pilihan…

Dr. MAZA Hurai Qada’ Dan Qadar Iaitu Kehendak Allah Ada/Tiada Pilihan…

Kehendak Tuhan dan ketetapan-Nya merangkumi semua. Allah S.W.T menjadikan manusia iaitu ada yang kufur dan ada yang beriman. Kalau kesemua manusia beriman sahaja, maka sudah tak jadi manusia. Tetapi sudah jadi malaikat hanya beriman dan taat perintah Allah tanpa ada nafsu.

Tujuan Allah S.W.T jadikan manusia agar manusia kesemuanya merasai ujian hidup di dunia sebelum melangkah ke alam seterusnya untuk diadili. Kehendak Allah, nak suruh manusia pilih antara dua pilihan sama ada iman atau kufur melalui ujian-ujian yang berjalan di atas muka bumi ini.

Bermula dengan utusan di dunia iaitu Rasul untuk diajarkan kepada seluruh umat manusia dengan ilmu-ilmu Allah serta mengenali Allah yang Maha Pencipta segala-galanya. Dr. MAZA memberikan analogi mengenai peperiksaan yang kita tempuhi semasa di alam pelajar tidak kira sekolah mahupun institusi pengajian tinggi kesemuanya memerlukan peperiksaan atau ujian untuk menentukan sama ada berjaya atau gagal di penghujungnya.

Fir’aun dengan perbuatannya sedemikian telah diciptakan dengan kehendak Allah tetapi Allah tidak redha akan pilihan perbuatan Fir’aun itu sendiri. Allah beri kudrat dan kuasa tanpa keredhaan Allah kerana Fir’aun itu sendiri yang memilih jalan yang tidak benar dalam ujian di atas dunia ini.

Manusia yang memasuki syurga Allah, bukan kerana pilihan Allah, tetapi atas pilihan diri manusia itu sendiri dalam menghadapi ujian kerana berkat kesabarannya dalam menempuh ujian Allah di atas muka bumi ini.

Mudah-mudahan mendatangkan manfaat dari segi ilmu dan nasihat untuk orang ramai supaya kita sama-sama dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada yang memerlukannya dengan lebih baik serta dapat memberikan kesedaran untuk diri sendiri dan juga kepada orang yang memerlukan nasihat sebegini.

Sumber penuh PROMediaTAJDID: https://youtu.be/lL0xQXpcFZE

Sekian, terima kasih.

This video only for educational purpose.

Related Post: