Ada Pihak Cuba Sabotaj Saya – Najib Razak

Ada Pihak Cuba Sabotaj Saya – Najib Razak

Ada Pihak Cuba Sabotaj Saya – Najib Razak
Datuk Seri Najib Razak berkata penyitaan beg tangan dan barangan mewah lain dari kediaman yang dikaitkan dengannya menimbulkan persepsi negatif kepadanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata kebanyakan barang yang dirampas itu adalah hadiah yang diberikan kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuannya yang tiada kaitan dengan 1MDB.

Beliau berkata, menantunya, Daniyar Nazarbayev, anak saudara Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev, juga memberi banyak hadiah kepada Rosmah.

“Orang mungkin sukar untuk memahami, tetapi menantu saya misalnya, dia mendapat Birkin daripada sumbernya, lima atau enam pada satu masa.

“Keluarganya mempunyai beberapa cara (mendapatkannya), jadi tidak ada kaitan dengan 1MDB jika ia (beg) berasal dari Kazakhstan,” katanya.

Penyiasat 1MDB percaya Najib dan Rosmah mengumpul banyak kekayaan menggunakan dana kerajaan.

Hampir 300 kotak beg berjenama dan berpuluh-puluh beg dipenuhi wang tunai dan barang kemas adalah antara barang yang dirampas polis dalam serbuan itu.

Barang itu termasuk beg tangan jenama Birkin daripada syarikat pengeluar barang mewah Hermes, masing-masing bernilai sehingga ratusan ribu dolar.

Najib juga berkata, wang RM114 juta yang ditemui di rumah keluarganya di Kuala Lumpur adalah dana kepunyaan UMNO, yang mana beliau selaku presiden sebelum meletak jawatan tidak lama selepas pilihan raya lalu.

UMNO adalah sebahagian daripada gabungan Barisan Nasional yang kalah dalam pilihan raya lalu.

Berkenaan berlian merah jambu, pendakwa Amerika Syarikat (AS) mendakwa lebih daripada AS$4.5 bilion dana 1MDB telah dibersihkan melalui urus niaga yang rumit.

Jabatan Kehakiman AS (DoJ) telah memulakan beberapa tindakan undang-undang untuk menuntut kira-kira AS$1.7 bilion aset yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

Beberapa aset yang dicari termasuk lukisan Picasso, hartanah mewah di California Selatan dan New York, saham dalam syarikat produksi Hollywood dan kapal layar bernilai AS$265 juta serta barang kemas bernilai lebih daripada AS$200 juta – termasuk loket berlian merah jambu 22 karat.

Najib berkata, set barang kemas juga bertujuan untuk dijadikan hadiah kepada isterinya tetapi Rosmah tidak pernah menerimanya.

“Dan sehingga hari ini kita tidak tahu, dia (Rosmah) mengatakan barang itu tidak berada dalam simpanannya

Related Post: