SPRM ada kuasa beku akaun Umno, kata Muhyiddin

SPRM ada kuasa beku akaun Umno, kata Muhyiddin

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa mengambil tindakan berlandaskan asas yang ditemui agensi berkenaan dan mempunyai kuasa membekukan akaun Ibu Pejabat Umno Pusat dan Selangor.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan membekukan akaun yang dilakukan SPRM itu di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.

“Saya tidak tahu dan belum menerima apa-apa laporan berhubung perkara itu (pembekuan akaun), tetapi apa-apa pun kalau ia di bawah SPRM, itu adalah tugas SPRM. Saya tidak boleh nak komen.

“Apa jua tindakan yang dilakukan oleh SPRM, ia tentunya ada asas-asas yang ditemui pihak SPRM,” katanya selepas melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, semalam.

Related Post: