Kajian rancangan M’sia ke-11 dibentang 18 Okt ini

Kajian rancangan M’sia ke-11 dibentang 18 Okt ini

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) akan memberi tumpuan kepada memulihkan keyakinan pelabur, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kajian itu biasanya dibentangkan di Parlimen pada Julai, tetapi kini dijadualkan pada 18 Oktober ini.

Kerajaan Pakatan Harapan akan turut menerangkan mengenai dasar dan hala tujunya yang baharu dari segi meningkatkan ekonomi Malaysia untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

RMK-11 (2016-2020), dilancarkan pada 21 Mei, 2015, berada pada peringkat akhir dalam perjalanan ke arah merealisasikan Wawasan 2023.

Related Post: