‘Tak ada harga diri, pemimpin tempoyak!’

‘Tak ada harga diri, pemimpin tempoyak!’

Bekas presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menyelar pemimpin yang mahu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf sebagai “pemimpin tempoyak”.

Menjelaskan selaran itu, Ibrahim berkata, “pemimpin tempoyak” baginya adalah pemimpin yang tiada jati diri dan semangat kebangsaan.

Tempoyak merupakan makanan Melayu yang diperbuat daripada durian yang diperam. Ia mempunyai bau yang menyengat dan sering dicampur dalam makanan.

Ibrahim menggunakan kiasan itu dalam mengulas hasrat kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk tetap mengiktiraf UEC sebagai menunaikan janji pilihan raya.

Related Post: