Dr M: Saya akan bekerja 36 jam sehari jika ada

Dr M: Saya akan bekerja 36 jam sehari jika ada

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kalau boleh beliau mahu bekerja 36 jam sehari.

“Saya sudah gunakan masa saya sepanjang yang boleh. Saya sekarang kerja 24 jam sehari.

“Kalau sehari lebih panjang, 36 jam, saya akan kerja 36 jam,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Beliau ditanya pemberita sama ada beliau berpuas hati dengan jumlah kehadirannya serta menteri dan timbalannya di parlimen.

Kehadiran rendah anggota parlimen utama dalam pentadbiran terdahulu kini kembali menghantui Pakatan Harapan.

Anggota parlimen BN telah membangkitkan perkara itu selepas kesemua menteri dan timbalan menteri tidak hadir Rabu lalu kerana menghadiri mesyuarat kabinet.

Susulan itu, mesyuarat kabinet diubah kepada hari Jumaat.

Mengulas itu kehadiran, Mahathir mengingatkan supaya kehadiran anggota parlimen utama dipertingkatkan.

“Saya tidak pernah puas hati dalam semua perkara. Saya rasa mereka perlu perbaiki (kehadiran), tetapi mereka patut ada alasan untuk tidak hadir (parlimen),” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan meletakkan indeks prestasi utama (KPI) dalam Dewan untuk anggota kabinetnya.

“Seseorang itu itu boleh kerap hadir seboleh mungkin. Tetapi mereka juga ada tugas lain.

“Mereka harus tunaikan tanggungjawab itu kerana parlimen bersidang hampir sehari penuh dan bolehkan seseorang itu kerja ketiak sidang parlimen 20 hari? Mereka tidak boleh kerja,” katanya.

“Ini tidak praktikal.”

Related Post: