‘Kalau lawan mestilah ada beberapa kem’ – Zuraida

‘Kalau lawan mestilah ada beberapa kem’ – Zuraida

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada bertanding dalam pemilihan parti itu atau tidak.

Selain itu, mengulas soalan partinya itu kini berpecah kepada dua kem, Zuraida tidak menafikannya.

Malah, beliau berkata, ia merupakan satu amalan demokrasi yang sihat kerana wujudnya ‘perlawanan’ dalam sesebuah parti.
“Kalau lawan mesti ada beberapa kem. Kalau tak, tak ada lawan.

“Kita mengamalkan demokrasi jadi pengamal demokrasi membenarkan orang untuk bertanding. Biarkan mereka bertanding. Selepas itu, mereka boleh menjadi kawan (semula),” ujarnya lagi.

Minggu lalu Zuraida mengeluarkan kenyataan bahawa Wanita PKR menyambut baik hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan presiden namun mengingatkan agar parti bersedia “menjulang prinsip demokrasi” sekiranya jawatan berkenaan dicabar.

Zuraida turut mengingatkan agar PKR perlu menjuarai isu demokrasi yang diperjuangkan selama 20 tahun dan ia perlu bermula daripada kalangan pemimpin parti itu sendiri.

Related Post: