Artis Juga ada Hak Bersuara Dalam Politik – Ellie Suriyati

Artis Juga ada Hak Bersuara Dalam Politik – Ellie Suriyati

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Penggiat seni tanah air Ellie Suriaty Omar berkata, rakyat perlu menerima hakikat bahawa artis juga adalah rakyat biasa yang mempunyai hak untuk bersuara dalam isu politik.

Jelas beliau, dirinya tidak kisah sekiranya terus dikecam hanya kerana beliau menunjukkan secara jelas sokongan terhadap mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Rakyat harus bersikap profesional, memang artis itu hak rakyat tetapi artis juga ada hak untuk bersuara sebagai rakyat negara ini.

“Bagi saya, UMNO adalah sebuah parti yang berjaya mentadbir negara dengan baik. Ini tidak boleh dnafikan oleh sesiapa pun. Kerajaan yang ada sekarang ini adalah sebuah kerajaan yang dipilih berdasarkan fitnah maka ia bukanlah sebuah kerajaan yang baik,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Lagi https://www.umno-online.my/2018/07/28/artis-juga-ada-hak-untuk-bersuara-dalam-politik-ellie-suriyati/

Related Post: