Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan laporan berita Singapura bahawa beliau tidak bertemu pegawai daripada kementerian pengangkutan (MOT) republik itu bagi berbincang mengenai projek kereta api laju HSR.
Beliau turut menjelaskan ketika beliau memberitahu media mengenai pertemuan tersebut, beliau tidak menyebut pegawai berkenaan daripada MOT.
“Laporan berita itu betul.
“Ketika saya menyebutnya kepada kamu semalam, adakah saya kata saya bertemu ‘pegawai daripada MOT’?” Soal beliau ketika ditemui di lobi parlimen petang ini.
Ketika diminta mengulas lanjut pegawai yang ditemuinya, menteri itu menjawab: “Singaporean (orang Singapura).”
Terdahulu hari ini, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa Azmin menjelaskan pertikaian mengenai pertemuan tersebut.
Semalam, Azmin berkata beliau telah bertemu dengan beberapa pegawai kanan di Singapura bagi membincangkan projek HSR ketika melawat Menteri Dalam Negeri Tan SRi Muhyiddin Yassin yang sedang mendapat rawatan di republik itu.
Sejak menguasai Putrajaya, pentadbiran Pakatan Harapan telah berjanji untuk menyemak semula projek tersebut kerana dianggap terlalu mahal dan tidak menguntungkan.
Namun, pembatalan projek itu akan mengakibatkan kemungkinan dikenakan denda yang besar.
Projek itu diperkenalkan pentadbiran Najib bagi mempercepat waktu perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Singapura menjadi 90 minit.
Terminal HSR di Kuala Lumpur dirancang di Bandar Malaysia, projek pembangunan yang suatu ketika pernah dimiliki syarikat yang terpalit skandal, 1MDB.
Related Post:
- PANAS!!! Najib Basuh Azmin Ali “Nak Aiskrim, Biskut Semua Ada Tapi Azmin Tak Muncul-Muncul”
- DISEBABKAN KEPUTUSAN TERHEBAT AZMIN ALI. INI BALASAN JUTAAN RAKYAT M'SIA KEPADA AZMIN ALI !!!
- MENOLAK LUPA! Dulu Ahmad Dhani KOAR2 Untung gak ada saya, kalau ada saya bisa saya pukuli, SEKARANG?
- "Saya Bujang, Dulu Saya Ada Isteri Ada Anak" Malam Saya Berteduh Di Luar Surau.
- Ada Soalan Tu, Saya Geram, Saya Baca Saya Geram – Dr. Rozaimi
- Korban : Rumah Saya Ambles, Didalamnya Ada Bapak, Ibu, Istri Hamil, Anak Saya, Adik Saya…
- Audiobuzz: ‘Saya, Sultan Johor cakap tak ada sembunyi-sembunyi’
- TERKINI : "Biarkan Saya Sebatang Kara, Tetapi Kesetiaan Ada Batasnya" – Azmin Ali
- Ada yang Baru Menikah, Ada yang Akan Umrah: Cerita Duka Pegawai BPK Korban Lion Air JT610
- KPK Sebut Tak Ada Pemecatan 75 Pegawai Yang Tak Lolos TWS, Sebelum Ada Putusan BKN dan Kemenpan RB