Selepas kapal layar mewah Equanimity yang dikaitkan dengan dana 1MDB kembali ke perairan Malaysia, kerajaan kini sedang berusaha mendapatkan semula jet persendirian milik ahli perniagaan kontroversi Jho Low.
“Ya, saya fikir, kita perlu membawanya semula (jet persendirian itu),” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melawat pameran seni bertajuk ‘Tun M: A Legacy Forever’ di Maeps Serdang hari ini.
Bagaimanapun, beliau kurang mengetahui butiran terhadap usaha membawa jet peribadi tersebut yang kini ditahan di Singapura.
“Saya tidak tahu, ada orang lain yang melakukannya,” katanya ketika ditanya sama ada perbincangan mengenai perkara ini sudah bermula.
Singapura dilaporkan merampas jet Bombardier Global 5000 berharga AS$ 5 juta pada Februari lalu.
Related Post:
- Datang M’sia kalau nak tuntut Equanimity, kata Dr M pada Jho Low
- S’pura dilapor mahu M’sia bayar RM3 juta untuk parkir pesawat Jho Low
- Bukan mahu pukul, tapi mahu beritahu ada orang di belakang jentera
- How To: Kawasaki STX 15F Jet Ski Jet Pump Removal
- TERKINI…kapal mewah Jho Low dirampas, RM400j itu duit rakyat M’sia – Sekilas Fakta 28 Feb 2018
- Mana penting M’sia atau Jho Low, soal Rais
- ‘1MDB tidak ada kaitan dengan Jho Low’
- Muhyiddin: Kami ada maklumat Jho Low
- Gila! SPRM Dedah Rupanya Disebalik Jho Low Ada Identiti Lain! Siapa Tan Kim Loong?
- TERKINI : “Ada Orang Tanya Kenapa Tak Tangkap Jho Low?” – Muhyiddin Yassin