Baru sedar ada tol?, Siew Ki tempelak calon MCA

Baru sedar ada tol?, Siew Ki tempelak calon MCA

Calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, Wong Siew Ki menempelak MCA yang mengetengahkan keperluan memansuhkan tol disekitar Balakong.

Siew Ki yang ditemui semasa pelancaran manifesto kawasannya mempersolkan kenyataan calon MCA, Tan Chee Teong berkenaan pemansuhan tol kerana selama 60 tahun Barisan Nasional (BN) berkuasa tidak membuat apa-apa.

Semalam semasa memperkenalkan manifesto MCA, Tan berkata antara isu tempatan yang akan diketengahkan adalah keperluan menaik taraf sistem jalan sekitar Balakong dan pemansuhan tol seperti yang dijanjikan oleh Pakatan dalam manifestonya.

“Penduduk Balakong diselubungi oleh tol ke Kuala Lumpur, ke Sungai Chua, dan menuju ke Semenyih dan Sungai Long.

“Sebelum ini, Pakatan bercakap tentang tol, dan sekarang mereka berkuasa, mereka mendapati bahawa mereka tidak dapat memansuhkan (tol). Mereka sekurang-kurangnya patut berusaha mengurangkan caj tol yang menambah beban rakyat, “kata Tan yang dipetik sebagai berkata dalam portal MCA semalam.

http://www.mca.org.my/2/Content/SinglePage?_param1=20-082018-164454-08-201820&_param2=TS

Related Post: