TERKINI: Ada juga ‘segelintir’ pihak salah guna Tabung Harapan untuk Agenda Peribadi – Tun Mahathir

TERKINI: Ada juga ‘segelintir’ pihak salah guna Tabung Harapan untuk Agenda Peribadi – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Tabung Harapan yang diwujudkan untuk rakyat di negara ini mempamerkan rasa patriotik dan cintakan negara sehingga sanggup mendermakan wang mereka bagi membantu membayar bebanan hutang di tanggung kerajaan dipercayai cuba di salah guna oleh segelintir pihak.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui wujudnya sekumpulan kecil segelintir pihak dipercayai sebenarnya menghadapi ‘masalah’ dalam syarikat mereka sehingga sanggup menderma jumlah lumayan untuk Tabung Harapan bagi menyelesaikan isu yang sedang di hadapi.
Namun jelas Tun Mahathir, pihaknya tidak akan sesekali ‘terbeli’ dengan kumpulan ini sebaliknya sentiasa berdiri teguh dengan mengimbangi prinsip ketelusan dan keadilan.

MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Related Post: