#Amanz24 – Samsung Galaxy A7 (2018), GoPro Hero 7, Canon EOS R

#Amanz24 – Samsung Galaxy A7 (2018), GoPro Hero 7, Canon EOS R

GoPro telah memperkenalkan GoPro Hero 7 mereka dengan penawaran tiga variasi kamera. Tiga variasi tersebut adalah GoPro Hero 7 Black, Hero 7 Silver dan Hero 7 White yang mana ketiga tiga ini hadir dengan penawaran yang berbeza dari segi kamera. Namun buat masa ini, hanya kamera GoPro Hero 7 Black sahaja yang telah dibawa masuk ke pasaran tempatan dengan harga RM1869.

Canon EOS R juga turut dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Kamera ini hadir dengan rekaan kamera nircermin berbingkai penuh, sensor 30.3 MP, sokongan rakaman gambar sehingga 8 keping sesaat, video 4K pada kadar 30fps, dan sokongan sambungan Bluetooth serta WiFi. Di Malaysia, kamera ini sudah boleh dipra tempah bermula 26 September ini dengan harga RM9888 untuk kamera sahaja dan RM14,688 untuk kamera bersama kit asas.

Selain itu, Xiaomi Mi Band 3 juga kini telah rasmi di pasaran Malaysia. Gelang tangan pintar ini hadir dengan sokongan yang memfokuskan kepada kecergasan dan membolehkan pengguna untuk melihat notifikasi, ketahanan air sehingga 5ATM dan akan dijual bermula 27 September pada harga RM129.

Samsung Galaxy A7 juga telah dilancarkan secara rasmi. Telefon pintar ini hadir dengan sokongan tri kamera utama, rekaan skrin 6 inci SAMOLED FHD+, janaan pemproses lapan teras 2.2Ghz, memori sehingga 6GB, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 3300mAh. Namun buat masa ini, harga jualannya masih belum diketahui.

Akhir sekali, Xpax kali ini telah hadir dengan penawaran data percuma 1GB untuk setiap tambah nilai minimum RM10 mereka. Data ini boleh digunakan pada mana mana laman atau aplikasi, namun ianya hanya terhad untuk digunakan dalam masa 24 jam sahaja.

Related Post: