TERKINI: Jangan cakap kosong, buat laporan jika ada bukti dalang kekecohan – Afif Bahardin

TERKINI: Jangan cakap kosong, buat laporan jika ada bukti dalang kekecohan – Afif Bahardin

KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Hilman Idham berkata sesiapa sahaja yang mempunyai bukti mengenai kekecohan yang tercetus pada pemilihan parti itu baru-baru perlu tampil kehadapan.

Malah individu berkenaan perlu membuat laporan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sekiranya mempunyai asas kepada tuduhan itu dan bukannya hanya bercakap kosong.

“Kalau betul dia ada bukti ia didalangi oleh mana-mana calon dan sebagainya, kita boleh sampaikan aduan itu kepada Jawatankuasa Pemilihan sebab ia bertanggungjawab untuk mengambil apa-apa tindakan tindakan lanjutan daripada insiden tersebut,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Penutup Malaysia International Vape Summit 2018 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gombak Setia mengulas mengenai kenyataan calon Naib Presiden, Datuk Johari Abdul bahawa kekecohan ketika proses pemilihan pimpinan PKR Kedah semalam, dipercayai sengaja dirancang pihak tertentu termasuk pemimpin parti yang tidak berpuas hati.

Johari berkata antara keadaan yang dilaporkan adalah kehadiran pemimpin tertentu bersama kumpulannya yang membuat kekecohan pada pemilihan Cabang PKR Jerai di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Choong Hwa, Gurun.

Dalam pada itu, calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin membidas dakwaan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang berkata akan ada kumpulan tertentu sengaja mencetuskan kekecohan dalam pemilihan parti itu.

“Yang tewas siapa? Kalau di Pulau Pinang itu Datuk Seri Azmin menang dimana rakan-rakan disana beri sokongan dan dokongan.

“Haniza Talha pun mendapat sokongan di sana. Jadi persoalannya yang kalah itu siapa,” katanya.

Kumpulan itu dakwa Rafizi akan mula mencetuskan provokasi apabila merasakan calon pilihan mereka akan tewas.

Malah, beliau turut merasakan perlunya penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengelak perkasa sama berulang. -MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Related Post: