‘Bila ayah beri wang, adakah anda bertanya sama ada dia curi?’

‘Bila ayah beri wang, adakah anda bertanya sama ada dia curi?’

Bekas Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mengagihkan sejumlah RM470 juta kepada parti-parti BN pada pilihan raya umum 2013. Dari jumlah tersebut, RM16.5 juta pergi kepada MCA.

Bekas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada Oktober 2015 mengakui MCA adalah antara parti BN yang menerima dana pilihan raya dari Najib.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini pada hari Khamis, Chua berkata MCA tiada cara untuk mengetahui sumber pembiayaan itu.

“Saya sudah berkata terdapat wang (diberikan Kepada MCA). Tetapi masa itu (2013), tidak ada 1MDB. (Berita mengenai) 1MDB tidak diketahui. (Cakap-cakap mengenai) 1MDB hanya muncul pada 2014” katanya.

“Apabila orang memberi anda wang… apabila ayahmu beri anda wang, adakah anda akan tanya ayah anda dari mana datangnya wang itu? Adakah anda mencurinya? Adakah anda meminjam?” katanya.

Related Post: