20181026 Ada Melayu mahu lesen kasino untuk saing kejayaan bangsa lain

20181026 Ada Melayu mahu lesen kasino untuk saing kejayaan bangsa lain

Sejak kebelakangan ini ada suara orang Melayu / Islam yang mencadangkan supaya lesen Kasino / judi & arak di buka kepada orang Melayu / Islam supaya dapat mereka bersaing dengan kaum lain dalam merebut kekayaan melalui perniagaan yang selama ini tertutup kepada mereka. Puak ini menggunakan halangan ini sebagai alasan mengapa kaum Cina lebih kaya daripada orang Melayu. Asas perniagaan tidak setara, orang Cina boleh menjana kekayaan melalui perniagaan yang mendatangkan keuntungan yang besar sedangkan orang Melayu terhalang atas dasar haram dari segi syarak.

Ikuti ulasan Tok Him mengenai cara mengatasi ketidaksetaraan dalam pembahagian kek ekonomi ini dengan mengujudkan ‘a level playing ground’ untuk peniaga Melayu / Islam dan bukan Melayu. Secara asas nya beliau menekankan pelaksanaan sepenuhnya Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dengan disokong oleh Akta Hasutan untuk memastikan keharmonian terjaga kerana ianya akan melibatkan tuntutan supaya lesen perniagaan yang haram dari hukum syarak tidak dikeluarkan langsung kepada mana mana pihak, Melayu atau bukan Melayu / bukan Islam.

Seperkara penting yang disentuh Tok Him dalam video ini ialah mengenai cadangan kerajaan Malaysia untuk mengesahkan perjanjian ICERD (International Convention On The Eradication of Racial Discrimination) tajaan Bangsa Bangsa Bersatu. Urusan ini ialah dibawah tanggungjawab Senator Waytha Moorthy (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial). Pengesahan perjanjian ini akan secara langsung melupuskan Perkara 153.

SILA TONTON DAN IKUTI RAKAMN VIDEO INI DARI MULA HINGGA AKHIR UNTUK MEMAHAMI SEPENUHNYA PANDANGAN IBRAHIM ALI

Related Post: