‘Memang ada…memang ada’

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa mengakui terdapat ahli parlimen dari parti itu berunding dengan parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengenai kemungkinan untuk melompat ke parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Annuar yang ditemui di lobi Parlimen berkata, terdapat perbincangan yang melibatkan kumpulan dan juga individu dari Umno dengan Dr Mahathir.

Terdahulu media melaporkan Anggota Majlis Tertinggi BERSATU Datuk A Kadir Jasin memberi gambaran kemungkinan 40 lagi wakil rakyat Umno akan keluar parti.

Post Author: CoinCryptoNews