Rogol dalam kahwin: Setakat ini ada satu kes – Timb Menteri

Rogol dalam kahwin: Setakat ini ada satu kes – Timb Menteri

Timbalan Menteri Undang-undang Hanipa Maidin berkata golongan wanita digalakkan menggunakan peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan bagi kes melibatkan dakwaan rogol dalam perkahwinan.

Hanipa memberitahu pemberita di bawah undang-undang sedia ada, cuma terdapat satu kes sahaja yang direkodkan dan kes itu malahan ditarik balik balik.

“Jadi buat masa ini boleh digunakan Seksyen 375A. Ia belum dimanfaatkan sepenuhnya.

“Setakat ini terdapat satu kes melibatkan isteri warga asing. MP Maria Chin (Abdullah) berkata terdapat banyak aduan tetapi tiada laporan polis yang dibuat,” kata anggota parlimen Sepang itu ketika ditemui di lobi parlimen pagi ini.

Hanipa mengulas kumpulan hak wanita, Sisters In Islam yang mengkritik maklum balasnya terhadap soalan Maria di Dewan Rakyat semalam.

Related Post: