Tidak ada usaha untuk pancing, beli MP HARAPAN – KJ

Tidak ada usaha untuk pancing, beli MP HARAPAN – KJ

Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa terdapat percubaan untuk Ahli parlimen Pakatan Harapan pada malam 9 Mei lalu sebelum pengumuman rasmi Pilihan Raya Umum ke 14.

Khairy mengulas pendedahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa kelewatan pengumuman kemenangan Pakatan Harapan pada malam PRU 14 adalah disebabkan gerakan belakang tabir oleh Umno dan PAS untuk memancing wakil rakyat Melayu-muslim Pakatan Harapan untuk lompat parti.

Tegas Khairy pada malam keputusan dibuat beliau berada dirumah Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pimpinan Umno yang lain dan tidak ada usaha langsung didalam pengetahuannya untuk membeli dan memancing Ahli parlimen harapan.

Related Post: