Cita-cita meratifikasi Icerd masih ada – Ummah

Cita-cita meratifikasi Icerd masih ada – Ummah

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) tidak yakin dengan komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) meskipun kenyataan rasmi sudah dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

Timbalan Pengerusi Ummah Kamaruzzaman Mohamad berkata, himpunan bantah Icerd 8 Dis ini diteruskan juga sebagai menghantar isyarat kepada kerajaan supaya tidak mencabar perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, walaupun Pejabat Perdana Menteri sudah mengeluarkan kenyataan, namun menteri mahupun timbalan menteri masih bersuara “mempertahankan” Icerd termasuk bakal perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Kuala Lumpur hari ini.

Related Post: