TERKINI: “Kami tidak ada kaitan langsung dengan syarikat pemaju MCT Berhad” – Pengurusan JMB

TERKINI: “Kami tidak ada kaitan langsung dengan syarikat pemaju MCT Berhad” – Pengurusan JMB

SUBANG JAYA – Tiga Badan Pengurusan Bersama (JMB) Skypark, The Place dan The Square mendakwa mereka menjadi mangsa keadaan berhubung isu Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25.

Pengerusi The Square, Chong Li Loh berkata, pihaknya tidak ada kaitan langsung dengan syarikat pemaju MCT Berhad ataupun anak syarikat pemaju tersebut, One City Development Sdn Bhd.

“OneCity @ USJ 25 merupakan satu pembangunan bersepadu yang dimiliki oleh 939 pemilik individu dan ianya bukan milik dua syarikat berkenaan.

“One City Development Sdn Bhd yang dimiliki oleh MCT Berhad pula hanya penyewa bangunan ini. Menara pejabat di sini juga disewa oleh penyewa lain termasuk beberapa syarikat multinasional,” katanya.

MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Related Post: