Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menghormati cadangan MCA yang mahu gabungan itu dibubarkan tetapi berkata MCA juga perlu tahu mengenai kedudukan sebenar mereka.
MCA, pada perhimpunan agung tahunannya, semalam, meluluskan resolusi untuk menggesa pembubaran BN dan membentuk pakatan baru.
“Kami menghormati keputusan yang dibuat dan tentunya mereka tahu apa yang harus dilakukan untuk memperkukuhkan parti MCAsendiri, kerana di parlimen mereka tinggal hanya satu kerusi saja. Itu pun mewakili kerusi yang pengundinya majoriti Melayu.
“Jadi mereka harus tahu kedudukan sebenar mereka, kalau mereka mahu terus relevan di dalam lanskap politik di negara kita,” katanya kepada wartawan di lobi Dewan Rakyat pagi ini.
Zahid berkata keputusan membubarkan BN tidak seharusnya ditentukan oleh MCA sahaja tetapi mesti dilakukan melalui konsensus.
Related Post:
- MCA Keluar BN: Tidak Ada Keputusan Rasmi Dari MCA Kepada BN Pusat
- TERKINI : “MCA Hanya Ada Satu Kerusi Sahaja di Parlimen” – Zahid Hamidi
- PARLIMEN 2018:KUANTAN PKR-MEMALUKAN.SPEAKER BENARKAN MENTERI ADA HAK UTK TIDAK JAWAB DALAM DEWAN
- ISTERI WAJIB TAHU, TIDAK ADA HAK ATAS KWSP JIKA SUAMI MENINGG4L DUNI4? INI PENJELASAN TERPERINCI!
- Belum ada pihak tampil tuntut hakmilik Equanimity
- Datang M’sia kalau nak tuntut Equanimity, kata Dr M pada Jho Low
- Zahid: Tidak akan ada barisan kabinet bayangan tetapi…
- Tidak ada isu, Gesa keputusan PRU Zahid disiasat
- Damar Juniarto: Ada yang Mendanai MCA ‘Terstruktur’
- MCA Persoal Sama Ada Anwar Ibrahim Menteri Luar Atau Suami TPM