Zahid: MCA tidak ada hak tuntut BN dibubar

Zahid: MCA tidak ada hak tuntut BN dibubar

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menghormati cadangan MCA yang mahu gabungan itu dibubarkan tetapi berkata MCA juga perlu tahu mengenai kedudukan sebenar mereka.

MCA, pada perhimpunan agung tahunannya, semalam, meluluskan resolusi untuk menggesa pembubaran BN dan membentuk pakatan baru.

“Kami menghormati keputusan yang dibuat dan tentunya mereka tahu apa yang harus dilakukan untuk memperkukuhkan parti MCAsendiri, kerana di parlimen mereka tinggal hanya satu kerusi saja. Itu pun mewakili kerusi yang pengundinya majoriti Melayu.

“Jadi mereka harus tahu kedudukan sebenar mereka, kalau mereka mahu terus relevan di dalam lanskap politik di negara kita,” katanya kepada wartawan di lobi Dewan Rakyat pagi ini.

Zahid berkata keputusan membubarkan BN tidak seharusnya ditentukan oleh MCA sahaja tetapi mesti dilakukan melalui konsensus.

Related Post: