Walau tak ada benda nak isytihar letak kosong jelah – Muhyiddin

Walau tak ada benda nak isytihar letak kosong jelah – Muhyiddin

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menegaskan wakil rakyat perlu membuat pengisytiharan harta walaupun mereka tiada apa-apa.

“Walaupun anda tiada apa-apa untuk diisytiharkan, isytiharkan saja walaupun ia kosong.

“Ia mudah. Jika anda tiada harta, tulis anda tiada harta,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Kenyataannya itu selepas dua menteri mengatakan mereka tidak perlu mengisytiharkan harta.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Mohamaddin Ketapi menyifatkan dirinya “orang miskin” dan tiada harta untuk diisytiharkan, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorthy berkata sudah mengisytiharkan sumber pendapatan tetapi tiada sebarang harta.

Waythamoorthy kemudian berkata beliau telah mengisytiharkan dua keretanya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi suruhanjaya itu tidak menganggapnya sebagai harta.

Related Post: