Kejadian lima rakyat Malaysia di Sarawak yang didakwa diculik Tentera Nasional Indonesia (TNI) di hutan Wong Rangkai berhampiran sempadan Serian-Kalimantan pada 11 Disember lepas tidak akan menjejaskan hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata sebarang masalah akan dibincangkan menerusi meja rundingan secara baik.
“Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan dua hala yang erat dalam semua bidang khasnya pertahanan.
“Kerjasama antara dua negara amat baik sekali dan kejadian itu tidak akan menimbulkan masalah dalam hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Konvokesyen Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) ke-52 di Kuala Lumpur hari ini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan lima rakyat tempatan berusia 15 hingga 64 tahun, ditahan di hutan berkenaan yang terletak kira-kira 400 meter dari sempadan Serian-Kalimantan.
Menurut laporan itu, mereka ditahan beberapa lelaki berpakaian tentera dan bersenjata atas dakwaan menebang pokok di kawasan hutan berkenaan namun dibebaskan beberapa hari kemudian setelah rundingan dilakukan di kawasan sempadan.
Difahamkan, Malaysia telah menghantar satu nota protes ke Jakarta yang mengutuk serangan dan penahanan rakyatnya oleh pasukan keselamatan Indonesia. Nota protes itu dihantar melalui kedutaan Indonesia di sini pada Jumaat lepas.
Related Post:
- 3 MOMEN INSIDEN TAK TERDUGA DI FUZHOU CHINA OPEN 2018 !!! | ADA INSIDEN KECURANGAN ??
- Ngabalin: Tak Ada Kubu Prabowo di Daftar Nama Menteri Baru Jokowi, 50 % Menteri Lama Dipensiunkan
- Ada Apa Hubungan Hubungan kedekatan Ria Ricis dan Hotman Paris?
- ADA DUA CINTA – Gawat Mecca Di Culik Oleh Suruhan Kaila [1 MEI 2018]
- Tak Guna Ada Logo 1Malaysia Tapi Tak Berfungsi – Menteri Komunikasi Sindir Baik BN
- Polisi: Tak Ada Pidana Insiden “Bendera Tauhid” MAN 1 Sukabumi
- Tak Ada Insiden, Meet and Greet Lisa Blackpink Berjalan Aman
- Untungnya Ini Tak Di Indonesia Dan Semoga Tak Ada Seperti Ini Di Indonesia
- Highlight Orang Ketiga: Tak Ada Kata Balikan Untuk Hubungan Afifah dan Aris | Episode 105
- KJ tak terima kenyataan, Nazri ada hubungan dengan Anwar dan DAP – Lokman