‘Tak ada undang-undang yang jadikan merokok jenayah’

‘Tak ada undang-undang yang jadikan merokok jenayah’

Peguam kanan Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata tiada undang-undang yang mengatakan bahawa merokok itu satu jenayah.

Mengulas mengani isu larangan merokok di premis makanan, Haniff berkata ia perlu diimbangi hak diantara orang yang tidak merokok dan orang yang merokok.

“Isunya adalah mengimbangi hak. Hak yang memang sedia ada untuk orang tidak ingin merokok dan ingin menikmati makanan mereka tanpa diganggu oleh asap rokok atau tabiat-tabiat perokok,

“Dan juga hendaklah diimbangi hak perokok untuk mengunjungi tempat-tempat tersebut supaya kedua-dua pihak merasakan mereka dilayan dan diberi ruang pihak pentadbir secukupnya. Itulah isu yang sebenar,” kata Haniff dalam satu wawancara eksklusif bersama KiniTV.

Kementerian kesihatan telah menguatkuasakan larangan merokok di premis makanan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.

Susulan itu sebuah NGO yang baru didaftarkan yang dinamakan Pertahankan Hak Perokok memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar larangan merokok di premis makanan seluruh negara.

Tujuh anggota pro-tem Pertahankan Hak Perokok – Mohd Hanizam Yunus, Mohd Laisani Abdullah dan lima lagi – menamakan Kementerian Kesihatan sebagai responden.

Semakan kehakiman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Tetuan Haniff Khatri 31 disember 2018 yang lalu.

Related Post: