Menteri umum batal projek Empangan Telom, nafi ada kaitan PRK

Menteri umum batal projek Empangan Telom, nafi ada kaitan PRK

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin hari ini mengumumkan bahawa projek Empangan Telom di Cameron Highlands tidak akan diteruskan.

Bercakap semasa kempen Pakatan Harapan (PH) di Pos Lanai hari ini, beliau berkata kementeriannya membuat keputusan itu pada Oktober tahun lalu.

Pos Lanai yang sejak sekian lama menjadi kubu BN akan paling terjejas sekiranya empangan itu dibina.

Mengikut perancangan, empangan itu bakal menghasilkan menghasilkan 132 megawat (MW) elektrik tetapi dibimbangi akan memusnahkan hutan seluas 7,600 hektar serta ekosistemnya yang menjadi sumber pendapatan masyarakat Orang Asli sejak sekian lama.

Related Post: