Malaysia dijangka akan menerima kembali wang yang telah diselewengkan daripada 1MDB tidak lama lagi, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Malaysia akan terima wang yang kita dapat perolehi daripada 1MDB. Ini bukanlah jumlah besar tapi bayaran pertama akan dibuat kepada negara Malaysia.
“Bukanlah berbillion, bukan jumlah besar, tapi sekurangnya adalah permulaan dan ini adalah berita baik, dan kita harap akan diikuti bayaran lanjutan kepada Malaysia di mana kita dapat balik wang yang dirompak daripada 1MDB,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan dari mana bayaran itu akan dibuat dan jumlahnya yang tepat.
Beliau juga menggesa parti-parti pembangkang yang menerima ‘ratusan juta’ daripada dana 1MDB, untuk mengembalikan semula wang itu.
Beliau berkata kerajaan akan mengambil tindakan untuk mendapatkan wang berkenaan dari parti-parti politik ini, termasuk tindakan undang-undang dan bermula dengan parti yang menerima jumlah terbesar daripada dana 1MDB.
Related Post:
- Tak ada wang dirompak, Pembangkang dakwa Guan Eng kelirukan dewan
- ‘Saya Tidak tahu Wang 1MDB Ada Dalam Akaun Saya’ – DS Najib
- Nantikan 2 November, Ada Berita baik – Lim Guan Eng
- Guan Eng: No more restricted ‘red files’ on M’sia’s finances
- Tak Ada Orang Yang B0d0h Masukkan 2 6 Billion Dalam Akaun Peribadi – Lim Guan Eng
- Tak ada yang salah Guan Eng dedah salah laku, kata Kit Siang
- Najib Sangkal Guan Eng, Mana Ada Fail Tersembunyi LRT3
- Mana Ada Orang Belanja RM2.7 Billion, Tapi Tak Mahu Tanah Yang Dibeli – Lim Guan Eng
- Tulang Pun Tak Ada, Habis Kena Telan – Terdiam Ahmad Maslan Dengar Penjelasan Padu Lim Guan Eng
- Lim Guan Eng Basuh KJ & The Geng! ”UMNO Bukan Tinggalkan Tulang, Tulang Pun Tak Ada”