Projek Bandar M'sia diteruskan tapi ada 'perubahan'

Projek Bandar M'sia diteruskan tapi ada 'perubahan'

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan projek Bandar Malaysia daripada era pentadbiran Najib Razak akan diteruskan dengan beberapa pindaan.

Dr Mahathir berkata projek tersebut akan memberi “kesan ketara” terhadap ekonomi setempat dan akan berperanan sebagai hab global yang menarik syarikat teknologi, kewangan dan lain-lain firma yang tersenarai dalam Fortune 500.

“Selaras dengan dasar kerajaan supaya pembangunan sebegini akan mengutamakan rakyat dan menambah nilai substantif kepada ekonomi, (maka) rancangan untuk projek berkenaan telah berubah,” katanya pada sidang akhbar di Kuala LUmpur.

Perubahan itu, katanya termasuklah pembinaan kemudahan “taman rakyat”, 10,000 rumah mampu milik, penyertaan bumiputera dalam projek tersebut dan keutamaan diberikan untuk sumber-sumber tempatan dalam proses pembinaan.

Dr Mahathir berkata, keputusan meneruskan semula projek berkenaan dibuat selepas Putrajaya meneliti bahawa pemaju projek merupakan sebuah syarikat yang turut mempunyai saham 60% Putrajaya, bukan sepenuhnya milik China.

Related Post:

Tags: