Tak ada isu pun – IGP

Tak ada isu pun – IGP

Polis akan menjalankan tugas seperti biasa susulan dakwaan pegawai polis SB dihalang menghadiri majlis awam melibatkan ketua menteri oleh kerajaan Sabah.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata sepanjang penubuhan pasukan PDRM beliau tidak melihat ia mendatangkan satu kesulitan namun menganggap tidak ada isu berhubung perkara terbabit.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan bahawa Naib Presiden Warisan Junz Wong dikatakan meminta pegawai SB meninggalkan sidang media yang dihadirinya, dengan mendakwa bahawa pegawai SB itu menyamar sebagai wartawan.

Laporan Free Malaysia Today juga memetik seorang pegawai SB berkata bahawa rakan setugasnya beberapa kali dihalang menghadiri sidang media pemimpin Warisan, termasuk yang dihadiri ketua menteri.

Pegawai SB biasanya berpakaian biasa, dan ditugaskan untuk menjaga keselamatan premis untuk menteri, dan meneutralkan ancaman sebelum dan semasa majlis yang melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Semalam, Pejabat Ketua Menteri Sabah menuduh penulis blog cuba melagakan parti Warisan Sabah dengan polis Cawangan Khas (SB).

Dalam kenyataan media, pejabat Shafie Apdal menegaskan bahawa kerajaan Sabah tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menghalang pegawai polis SB menghadiri majlis awam melibatkan ketua menteri.

Related Post:

Tags: