Syarikat M'sia sebab kebakaran, ambil tindakan padam api

Syarikat M'sia sebab kebakaran, ambil tindakan padam api

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap syarikat perladangan Malaysia di Indonesia yang terbabit dalam pembakaran terbuka sehingga menyebabkan jerebu dan turut menjejaskan negara.

Perdana Menteri berkata, syarikat terbabit perlu mengambil tanggungjawab memadamkan kebakaran di ladang mereka.

“Kabinet hari ini berbincang mengenai jerebu. Kita juga mahu mengambil tindakan terhadap syarikat Malaysia yang ada estet di luar negara yang menyumbang kepada jerebu hasil pembakaran estet itu.

“Kita akan minta mereka turut ambil tindakan padamkan api. Jika syarikat Malaysia itu tidak mahu mengambil tindakan itu, kerajaan mungkin akan gubal undang-undang supaya mereka bertanggungjawab jika membuat pembakaran terbuka di tanah mereka walaupun ia di luar Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Kerangka Dasar Luar Negara Malaysia Baharu di sini hari ini.

Related Post:

Tags: