Belanjawan 2023 Tak Ada Benda Baru, Lagi 'Copy Paste'… Tak Ada 'Wow' – Dr. Shamsul Anuar Nasarah

Belanjawan 2023 Tak Ada Benda Baru, Lagi 'Copy Paste'… Tak Ada 'Wow' – Dr. Shamsul Anuar Nasarah

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh kerajaan hari ini bukan sahaja tidak menyeluruh malah tidak ada sesuatu yang baru sebaliknya menyambung pendekatan serta program yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Pada masa yang sama beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong melihat apa yang dilaksanakan oleh kerajaan terkebelakang berbanding dengan apa yang telah dibuat oleh kerajaan dahulu sepertimana program digital ekonomi.

Layari www.umno-online.my Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram UMNO Online

Related Post: