Pemimpin pembangkang Kemboja: M'sia teladan perubahan demokratik

Bekas menteri kabinet dan veteran pembangkang Kemboja yang mana partinya Cambodia National Rescue Party (CNRP) telah diharamkan, menyebut Malaysia sebagai inspirasi beliau.

“Kami melihat Malaysia sebagai model. Malaysia mencetuskan inspirasi dan memberi contoh kepada kami.

“Malaysia telah berjaya membawa perubahan demokratik,” katanya kepada Malaysiakini dalam temu bual di Kuala Lumpur petang semalam.

Rainsy yang tiba di Kuala Lumpur pada petang Sabtu lalu berkata, selain Malaysia, Indonesia juga merupakan negara yang boleh dipanggil demokrasi di Asia Tenggara.

“Mereka hebat, pengaruh besar mereka akan lebih penting kepada pendemokrasian di seluruh Asia Tenggara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan kekaguman kepada Malaysia untuk memulihkan demokrasi, untuk menjadikan Malaysia sebuah demokrasi yang bertenaga, untuk menjadi model bagi pihak lain,” katanya.

Post Author: CoinCryptoNews