Ada Lagu Ada Lagi Minggu 6 Suku Akhir • Gegar Vaganza 6

Hady Mirza buat pertama kali meraih posisi teratas di minggu suku akhir #GegarVaganza 2019.

Nasib tidak menyebelahi Feeza yang menyanyikan lagu Terus Mencintai yang menyaksikan dia menjadi peserta keempat tersingkir.

Pentas #GV6 minggu ini juga menyaksikan Wann dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power.

Anugerah tersebut diberikan kepada bintang paling menyerlah dan persembahan terbaik daripada juri.

Manakala, balu Yazit Seach, Ramlah, diundang sebagai penerima sumbangan Farm Fresh Kongsi Rezeki bernilai RM10,000.

Seperti biasa juri tetap adalah Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sementara juri jemputan adalah komposer, Saari Amri.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional:

1. Hady Mirza – Cinta Luar Biasa (81%)
2. Naqiu Boboy – Juwita (78%)
3. Jatt Ali – Still Loving You (76%)
4. Nurfatima – Enggan (71%)
5. Roy – Sonata Musim Salju (65%)
6. Sham Visa – Suratan Takdir (64%)
7. Wann – Pengemis Cinta (59%)
8. Noorshila Amin – Karena Pengalaman (54%)
9. One Nation Emcees – Gadis Dan Bunga (52%)
10. Feeza – Terus Mencintai (46%)

#GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 di www.gempak.com/gegarvaganza.

Baca lagi http://www.f8buzz.com

Like Facebook F8Buzz http://www.facebook.com/f8buzz
Follow Twitter F8Buzz http://twitter.com/f8buzz
Follow Instagram F8Buzz http://instagram.com/f8buzz

Post Author: CoinCryptoNews