Ada Lagu Ada Lagi Minggu 9 Suku Akhir • Gegar Vaganza 6

One Nation Emcees memecah dominasi artis solo apabila mendapat tempat pertama di pentas suku akhir #GegarVaganza 2019.

Seperti biasa menghakimi #GV6 adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rosyam Nor dan komposer Manan Ngah.

Mengejutkan apabila sekali lagi Astro memutuskan tiada penyingkiran baki suku akhir ini.

Artis Cili Padi Paling Power pada minggu ini menjadi milik One Nation Emcees. Manakala Sham Visa meraih anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Isteri kepada allahyarham Datuk Nassier Wahab, Datin Fatimah Abd Rauf telah diumumkan sebagai penerima sumbangan Astro dan Farm Fresh Kongsi Rezeki.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional:

1. One Nation Emcees – Hati Emas (80%)
2. Hady Mirza – Taman Rashidah Utama (76%)
3. Naqiu Boboy – Tinting (70%)
4. Jatt Ali – Mimpi Laila (69%)
5. Nurfatima – Jangan Lafazkan (58%)
6. Noorshila Amin – Ahai Usahlah (58%)
7. Sham Visa – Dari Sinar Mata (57%)
8. Wann – Hitam Putih Kehidupan (56%)

#GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

Baca lagi http://www.f8buzz.com

Like Facebook F8Buzz http://www.facebook.com/f8buzz
Follow Twitter F8Buzz http://twitter.com/f8buzz
Follow Instagram F8Buzz http://instagram.com/f8buzz

Post Author: CoinCryptoNews