Sepatutnya PRN-12 Sarawak tahun ini – Abang Johari

Sepatutnya PRN-12 Sarawak tahun ini – Abang Johari

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, mengakui pihaknya merancang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) diadakan tahun ini.

Bagaimanapun katanya, sebagai kerajaan yang prihatin dengan keselamatan rakyat ketika pandemik Covid-19 melanda, pihaknya menangguhkan proses demokrasi itu.

Justeru katanya, kini PRN-12 ditetapkan tahun depan, namun tarikhnya masih belum difikirkan, sama ada pada awal tahun atau sehingga tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak matang pada Jun tahun depan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-24 Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Perasmian ‘TheLast Ring Ladies Mural’ di Kota Padawan, hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/653038/sepatutnya-prn-12-sarawak-tahun-ini-abang-johari-metrotv
————————————-
#HMETRO #METROTV

Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy

Related Post: