Akur PRN Sarawak selepas darurat

Kerajaan negeri Sarawak menghormati Proklamasi Darurat diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membendung pandemik Covid-19 namun optimis mampu melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 sebaik sahaja perintah itu ditarik balik.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pengisytiharan darurat itu dibuat mengikut lunas undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Sarawak juga perlu akur dengan keputusan itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/664111/akur-prn-sarawak-selepas-darurat-metrotv
————————————-
#HMETRO #METROTV

Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy

Post Author: CoinCryptoNews